Saya suka tengok jari awek saya ...
Cantik betul ...sungguh!
Sampai takut nak pegang ..
Bukan takut patah ...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other ...
Disatu hari yang giler forever depan yang maha Esa ..
Saya suka tengok rambut awek saya ..
Cantik btol ...Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung ..
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak..
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka ..
Di satu hari yang giler forever ...
Saya suka tengok body awek saya
Cantik betol .. sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong ...
Supaya mase die jumpa dengan kekasih dia yang utama ..
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya ..
Sye pun tumpang dapat pahala ..pheh syoknya ..
Sye sedih tengok awek saya ..
tak tido, x makan rindu kat sye..
Sye pun mcm tu jgak ..
Ade problem yg sma ..
Die tanya apa ubatnya???
Sye pun bg die quran sbagai pnenang jiwa ..
Supaya lebih cintakan Nya dari saya..
Saye sedih tengok awek saya ..
slalu pesan mcm2 kat sye ..
"mkn , mnun. drive elok2 taw ..
Nanti awk sakit sye susah hati bla bla bla bla bla" katenya ..
Tapi bla tengok movie sma2 burn asar maghrib gitu ..
Die tak kta satu aper pun ..
Berdosanye saya ..
Kesimpulannye sye mmg syg die ..
Nak jmpe die giler forever ..
Yang forever pye forever ..
Didunia n akhirat terutamanya ..
Janji nk share heaven sme2 .
Bahagia selama2nye ..
Semoga kami saling mengingati ..
Dosa sndiri pun infiniti ..
Nak tnggung dosa die lagi lepas nie ..
Semoga kami menginsafi diri ..
Ya Allah ampunilah kami ..
Smoga kami dpt bersama selamany nanti ..
p|s ;Andai anda seorang wanita mislimah ..
Mesti seronokkan klo kwn kte berfikir camtu ..
Then klo anda seorang muslim ..
Apa kta tnamkan dlm hati cam2 ..
Cinta tue anugerah Allah ..
Pandai2 lah kte menjaga nikmat Allah itu yer ..
.....Wassalam.....
Friday, July 31, 2009
Posted by ... lAn ... at 1:33 AM 0 comments
Monday, July 20, 2009
INGATAN ......
ASSALAMMUALAIKUM ....Ilmu ini untuk dikongsi bersama, walaupun korang sume rasa ilmu ini biase je tapi hakikatnya jika kita semaikan di dalam diri kita, Insyaallah hidup kita akan dirahmati dan diredhai oleh Yang Maha Esa. ilmu ini bukan untuk panduan korang sume sahaja tapi ilmu ini untuk tatapan diri saya juga kerana kita manusia mudah alpa dek keindahan dunia yang hanya diberi oleh Allah untuk pinjaman sementara. Kita perlu mantapkan diri kita dengan pelbagai ilmu pengetahuan untuk memastikan hidup kita tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak adam tidak kira dengan apa cara sekalipun. Bagi memastikan hidup kita dilandasan yang betul kita perlu tanamkan di dalam diri kita dengan prinsip rukun iman. Hari Akhirat (يوم القيامة) merupakan hari di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.Kepercayaan kepada hari akhirat adalah merupakan kepercayaan asas kepada agama yang berasal dari Nabi Ibrahim a.s. atau agama Samawi, iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam.Percayakan Hari Akhirat juga merupakan salah satu dari Rukun iman bagi penganut agama Islam.
Rukun Iman
- Percaya kepada Allah -Percaya kepada Para Malaikat -Percaya kepada Kitab-Kitab Allah -Percaya kepada Nabi dan Rasul -Percaya kepada Hari Akhirat
Percaya kepada Allah
Allah ialah nama bagi Tuhan yang sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya. Allah yang mengatur dan menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat banyak untuk menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada. Bukan sekadar kita wajib mempercayai bahawa Allah itu ada, bahkan wajib pula kita menyembah NYA.Untuk hendak mempercayai Allah dan menyembah NYA, manusia wajib mengenal Allah dengan betul.
Percaya kepada Para Malaikat
Rukun iman yang kedua ialah percaya kepada Malaikat. Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul.
Percaya kepada Kitab-Kitab Allah
Salah satu daripada Rukun Iman agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.
Percaya kepada Nabi dan Rasul
Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahwa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diridlai Allah. Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat kepada nabi dan rasul. Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya dan umatnya sahaja.Rasul dan nabi merupakan manusia biasa. Islam menghendaki penganutnya untuk mempercayai setiap nabi dan rasul ini dan tidak membezakan mereka antara satu sama lain. Rasul pula merupakan seorang lelaki yang dipilih untuk menerima wahyu untuk dirinya serta disampaikan kepada orang lain. Dilaporkan terdapat 313 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia. Manakala bilangan nabi pula adalah 124,000 orang (termasuk rasul).
Percaya kepada Hari Akhirat
Kita wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau akhirat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an. Di terangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan dibangunkan semula.
Kerana itu, hari akhirat turut mendapat julukan hari kiamat atau pembangkitan.Setelah segalanya hancur pada hari kiamat, Allah memerintahkan kepada malaikat Israfil untuk bangun terlebih dahulu dan melaksanakan perintah Allah SWT meniup sangkakala, maka bangunlah nyawa yang telah mati untuk dihadapkan ke pengadilan Allah SWT dan mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya selama di dunia. Itulah hari pembalasan.
Percaya kepada Qada' dan Qadar
Kita wajib percaya bahawa segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi, semuanya itu, menurut apa yang ditentukan dan ditetapkan oleh Tuhan Allah, sejak sebelumnya (zaman azali). Jadi segala sesuatu itu (nasib baik dan buruk) sudah diatur dengan rencana-rencana tertulis atau batasan-batasan yang tertentu. Tetapi kita tidak dapat mengetahuinya sebelum terjadi. Rencana sebelumnya itu Qadar atau Takdir bermaksud ketetapan. Terlaksananya berupa kenyataan, dinamakan Qada bermaksud keputusan perbuatan (pelaksanaan).
Posted by ... lAn ... at 5:44 PM 0 comments